"Lautan Api Sanggup Ku Redahi"
#MaktabTarbiah
“LAUTAN API SANGGUP KU REDAHI”
Ini lah kehidupan sukarelawan kami di Sabah..
Setiap minggu datang ke Pulau Bum Bum Semporna hanya untuk mengajar Iqra’ dan Al-Quran kepada anak-anak di sana.
Kita tidak mahu anak-anak ini tercicir dengan pendidikan, lagi-lagi dengan ilmu agama.
Kerana kami yakin satu hari nanti mereka juga akan ajar semula kepada komuniti mereka di sana semula.
Mereka bukan orang lain, mereka juga adalah saudara kita juga.
Anak-anak di Pulau Bum-Bum ini sedang menjalani kelas al-quran Maktab Tarbiah di bawah Komuniti Dakwah Tarbiah.
Setiap minggu sukarelawan kami akan datang turun ke pulau untuk mengajar mereka.
Mereka datang belajar tiada yuran belajar, ianya percuma.
Kini kelas tersebut mempunyai 300 orang anak-anak yang ingin belajar Al-Quran dan juga iqra’.
#maktabtarbiah
Tentang Kami
Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.