“Cita-cita Aku Mahu Jadi Cikgu…”

"Cita-cita aku mahu jadi cikgu..."

#MaktabTarbiah

“Cita-cita aku mahu jadi cikgu.. Aku mahu mengajar orang-orang kampung aku..” ✨

Ini ungkapan adik Irfan, salah seorang pelajar kami yang bercita-cita mahu jadi cikgu.

Kesungguhan adik Irfan datang kelas sangat mengagumkan kami, walaupun dalam keadaan kaki yang masih sakit.

Mungkin cita-cita itu menguatkan dirinya untuk hadir ke kelas Maktab Tarbiah.

Sebab dia tahu ilmu ini sangat penting untuk memajukan orang-orang kampung dia.

Masyarakat di Pulau Bum-Bum ini, kebanyakkannya pendidikan mereka tercicir dan ketinggalan jauh.

Maka sebab itu kami mengadakan Maktab Tarbiah iaitu sebuah kelas Al-Quran dan Pendidikan umum, di Pulau Bum-Bum, Semporna Sabah.

Alhamdulillah, kini kami sedang menguruskan pendidikan 250 orang anak-anak di Pulau Bum-Bum.

Tajaan dan sumbangan sangat diperlukan untuk memastikan kelangsungan pendidikan mereka.

Dapatkan perkembangan terkini Dakwah, Tarbiah & Bantuan Kebajikan hasil sumbangan & kebaikan Tuan/Puan "Ke Arah Menjadi Saluran Dakwah, Tarbiah, Kebajikan & Hiburan Islami No 1. Anak Muda di Malaysia"

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *