
Semporna, 13 Ogos 2025 – Maktab Tarbiah Semporna sekali lagi mencatat sejarah dengan penganjuran Program Ihtifal 2025 yang menghimpunkan tiga cawangan utama iaitu MT Pulau Bum-Bum, MT Pulau Bait dan MT Pulau Lihak-Lihak. Bertemakan “Cinta Rasulullah, Asas Pembinaan Insan Mulia”, program ini berjaya menarik penyertaan lebih 300 orang terdiri daripada pelajar, guru, sukarelawan, ibu bapa serta masyarakat setempat.
Dengan kerjasama Semporna Prihatin, UIN Prof. KH Saifuddin Zuhri Purwokerto, Indonesia dan IAIN Parepare, Indonesia, program ini bertujuan menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW, mengenang perjuangan para Nabi dan Rasul, serta mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni dan dakwah.

Kelihatan para peserta daripada MT Bait dan MT Lihak Lihak datang ke MT Bumbum yang merupakan tuan rumah bagi Program Ihtifal 2025 menggunakan bot.


Program Ihtifal 2025, dimulakan dengan kata kata aluan daripada Al-Fadhil Ust Zaidi Jalil, serta ustaz Hasan Unus.
Seramai 42 orang pelajar dari tiga cawangan MT telah menyertai pelbagai kategori pertandingan. Antara yang menyerlah ialah:
Setiap pemenang menerima hamper, manakala semua peserta dibekalkan dengan sijil penyertaan sebagai penghargaan.

Majlis Ihtifal ini bukan sekadar pertandingan, tetapi medan melatih keyakinan diri pelajar, memperkukuh silaturrahim serta menambahkan pengetahuan tentang sirah Rasulullah. Kehadiran ibu bapa dan komuniti setempat membuktikan usaha ini mendapat sokongan padu untuk mendidik generasi muda melalui platform Maktab Tarbiah.
Guru-guru menyifatkan aktiviti ini sebagai peluang menilai potensi pelajar secara lebih dekat, sementara ibu bapa pula berbangga melihat bakat anak-anak mereka terserlah di pentas ihtifal ini.
“Saya rasa bangga kerana berjaya hafal dan tampil ke depan. Sebelum ini saya tidak yakin, tetapi akhirnya saya berjaya muncul Johan.” – Peserta Hafazan
“Kami mula sedar bahawa anak-anak mempunyai bakat sebegini apabila melihat pencapaian mereka di Ihtifal.” – Ibu bapa peserta
Bagi pelajar, pengalaman ini meningkatkan kebolehan mereka dalam hafazan, bercerita, serta seni suara azan dan nasyid. Bagi masyarakat setempat pula, ia meyakinkan mereka bahawa Maktab Tarbiah adalah medan terbaik untuk membimbing anak-anak dalam ilmu agama dan akhlak.
Program ini jelas menunjukkan bahawa usaha kecil di pulau-pulau Semporna mampu memberi impak besar untuk melahirkan generasi Qurani yang berilmu, berakhlak dan memupuk cinta terhadap Rasulullah SAW.
Kesimpulannya, Program Ihtifal 2025 membuktikan bahawa apabila pendidikan, dakwah dan komuniti bergabung, maka lahirlah sebuah usaha berpanjangan untuk meneruskan pendidikan dan memastikan generasi kehadapan dapat menjadi generasi yang hebat serta bermanfaat untuk ummat. Program Ihtifal menjadi program yang bukan sahaja mencungkil bakat pelajar, bahkan memperkukuh ukhuwah sesama masyarakat.
Beberapa detik terbaik berjaya dirakam sepanjang program:



Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.