
“Sebagai seorang hamba Allah, kita patut sedar dan mengimani bahawa ibadah semata mata tidak cukup untuk melayakkan kita memasuki syurga, dengan menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. kita juga dikehendaki untuk menjaga hubungan kita dengan sesama manusia.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hubungkanlah silaturrahim.”
Riwayat al-Bukhari (6138) dan Muslim (47)
Menjaga silaturahim sesama manusia merupakan akhlak yang sangat diutamakan oleh islam, sehinggakan amal-amal ibadah kita boleh terbatal jika kita tidak menjaga hubungan sesama manusia. Baru baru ini terlampau banyak berita jenayah yang kita dengar di corong corong radio dan di kaca tv, tentang kes pembunuhan, kes culik, khianat, pergaduhan dan macam macam lagi. Islam mengajarkan kita, berdamai dan menahan amarah adalah solusi yang lebih baik dan lebih mulia disisi Allah s.w.t. berbanding menggunakan kekerasan.
Rasulullah s.a.w. juga telah menunjukkan banyak contoh yang terbaik dalam urusan menjaga silaturrahim walaupun berhadapan dengan mereka yang berniat jahat terhadap baginda.
Demikian juga, Allah s.w.t menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Sebenarnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah antara dua saudara kamu yang bertengkar itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-Hujurat: 10)
Disaat berlaku banyaknya fitnah dan jahiliyyah yang berleluasa di akhir zaman ini, ianya lagi menuntut kita untuk sentiasa menjaga hubungan baik sesama kita dan tidak berpecah belah. Kearah sebuah negara dan masyarakat yang harmoni, kita lah yang harus bermula untuk menjadi insan yang sentisa mengutamakan kedamaian dan menjaga hubungan baik sesama manusia.”
#bersamabudayakandakwah
#komunitidakwahtarbiah
Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.