Jihad Pembebasan Palestin: Seruan Umat, Tanggungjawab Sepanjang Zaman

“Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah, baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya.’”
Surah an-Nisa’, ayat 75

Pada 1 Jun 2025, Muzakarah Ilmuwan Islam: Jihad Bebaskan Palestin telah berlangsung dengan penuh tekad di Anjung Melayu, Kuala Lumpur. Disertai para ilmuwan, asatizah dan aktivis, pertemuan ini merumuskan 15 resolusi penting untuk membimbing umat dalam memahami dan meneruskan jihad pembebasan Palestin, satu perjuangan yang semakin mendesak dan tidak boleh dipandang ringan.

Jihad merupakan tugas kolektif dan bukannya pilihan peribadi. Masyarakat perlu memahami bahawa jihad bukan sekadar mengangkat senjata. Ia adalah konsep luas yang merangkumi jihad hati, lisan, harta dan tindakan strategik, berteraskan iman dan berpandukan syariat.

Resolusi 1 hingga 5 menekankan bahawa jihad, termasuk jihad qital (bersenjata), adalah fardu yang berterusan hingga kiamat. Ia adalah satu proses membangkitkan kesedaran dan menyuntik semangat dalam jiwa umat Islam, bukan sekadar untuk mempertahankan tanah air, tetapi mempertahankan maruah, aqidah dan kiblat pertama kita sebagai umat islam, iaitu Masjid al-Aqsa.

Kita sering mendengar ungkapan, “itu urusan Arab,” tetapi Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia. Resolusi 2, 3 dan 4 menegaskan bahawa jihad pembebasan Palestin adalah kewajiban semua umat Islam, bukan hanya rakyat Palestin.

Sikap berkecuali adalah pengkhianatan. Malah, menyokong rejim penjajah Israel secara langsung atau tidak langsung adalah tanda kehilangan prinsip al-Wala’ wa al-Bara’, prinsip asas kesetiaan kepada Islam dan penentangan terhadap kezaliman.

Resolusi 6 hingga 9 mengajak para pemimpin negara Islam agar mengaktifkan kembali peranan mereka dalam jihad pembebasan Palestin. Perang Arab-Israel yang tercetus pada tahun 1948, 1956, 1967 dan 1973 pernah menjadi simbol ketegasan. Kini, dengan kekuatan diplomatik dan teknologi, pemimpin Islam seharusnya tidak tunduk kepada naratif Zionis dan sistem antarabangsa yang berat sebelah.

Strategi pembebasan Palestin mestilah menolak ‘two-state solution’ yang palsu dan kembali kepada cita-cita asal iaitu membebaskan seluruh tanah Palestin dan mengembalikan hak kepada rakyat asalnya.

Ramai yang terpedaya dengan propaganda media. Resolusi 10 dan 11 memberi pencerahan bahawa Hamas bukan pengganas, bahkan adalah kerajaan yang sah dan wakil perjuangan rakyat Palestin.

Normalisasi hubungan dengan rejim Israel, seperti mana dilakukan oleh beberapa negara Arab, adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan umat dan hanya memperpanjang penderitaan saudara kita. Resolusi 12 menyatakan bahawa sebarang bentuk pengiktirafan terhadap rejim ini adalah satu pelanggaran terhadap prinsip Islam dan hak asasi manusia.

Perjuangan ini tidak akan berjaya tanpa pendidikan dan kesedaran yang menyeluruh. Oleh itu, Resolusi 13 dan 14 menuntut agar kurikulum sekolah, universiti, khutbah, media dan ceramah menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada naratif ummah dan bukannya isu bermusim. 

Malah, Resolusi 15 menyeru agar kerajaan memperkenalkan Akta Anti-Penapisan Palestin, bagi memastikan suara-suara membela kebenaran tidak dibungkam oleh kuasa besar yang bersubahat dengan kezaliman.

Secara kesimpulannya, Palestin bukan hanya sebuah tanah. Ia adalah lambang ujian kepada iman kita, sejauh mana kita peduli terhadap saudara seagama, sejauh mana kita berani menyuarakan kebenaran, dan sejauh mana kita mahu tunduk kepada perintah Allah untuk membela yang tertindas.

Jihad ini bukan sekadar sejarah, ia adalah masa depan umat. Setiap sumbangan, perkataan, doa dan tindakan anda tersimpan makna yang besar di sisi Allah. Maka, mari kita bangkit, dan bangkitkan semangat jihad ini dengan ilmu, tindakan dan doa.

“Barangsiapa tidak peduli urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka.”
Hadis Riwayat al-Hakim

Di sini merupakan kompilasi Resolusi Muzakarah Ilmuwan Islam: Jihad Bebaskan Palestin yang diterbitkan oleh “Dunia Palestin“. 

Tentang Kami

Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.


Facebook-f


Telegram


Youtube

Berita Terkini

Sertai Kami

Tabung Bangun GazaAyuh hulurkan bantuan untuk bangunkan semula Gaza, PalestinInfaq Sekarang