


































– Korban Terbaikku KDT 2026 akan dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah, Aceh dan Palestin.
Peserta boleh memilih lokasi pelaksanaan korban mengikut pakej yang disediakan. Setiap pelaksanaan akan diuruskan oleh Komuniti Dakwah Tarbiah bersama pihak pelaksana di lapangan.
-Selepas bayaran dan maklumat peserta diterima, pihak KDT akan membuat semakan dan menghantar pengesahan penyertaan melalui WhatsApp. Sila pastikan nombor telefon yang diberikan adalah betul dan aktif.
Hanya bagi peserta yang turun bersama ke lokasi korban, akan terima bahagian daging. Jika korban dilakukan di luar kawasan, kami akan agihkannya kepada yang memerlukan atas nama anda.
Ya, setiap peserta akan menerima e-sijil penyertaan korban.
Boleh. Korban boleh diniatkan untuk diri sendiri, anak, ibu bapa, saudara mara atau arwah.
Tidak Boleh. Korban terlaksana dengan penama individu sahaja.
Bayaran boleh dibuat ke akaun: PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH TARBIYAH 5622 6483 6023 (Maybank)
Sila sertakan bukti selepas bayaran ke nombor di link berikut :
011-5675 1448 (cik Amalina)
– Bagi peserta korban, disunatkan untuk tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga haiwan korban selesai disembelih. Peserta akan menerima notifikasi sembelihan haiwan korban anda telah selesai dilaksanakan. Selepas makluman tersebut diterima, peserta boleh memotong kuku dan rambut seperti biasa.
Perlu bayar dahulu kemudian akad korban
Anda boleh buat sedekah daging yang dapat memberi manfaat kepada yang layak dan memerlukan.
Nazar tersebut tidak dikhususkan untuk tujuan ibadah korban. Justeru itu, ia tidak boleh dilunaskan dengan niat ia dikerjakan dengan ibadah korban. Namun begitu, anda tetap perlu melunaskan nazar dengan menyembelih seekor lembu sebagai menunaikan janji kepada Allah SWT atas hajat yang telah tercapai. Sekiranya anda ingin mengerjakan ibadah korban maka anda perlu menyembelih lembu yang lain bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Perlu diketahui nazar dan ibadah korban adalah dua bentuk ibadah berbeza yang tidak boleh disatukan melainkan pada permulaan nazar itu diniatkan untuk ibadah korban.
-Mufti Selangor