
Membina Generasi Harapan: Usaha Komuniti Dakwah Tarbiah
Realiti Kehidupan Anak Miskin Bandar
Astaghfirullah. Kisah remaja perempuan berusia 14 tahun yang menjadi tokan dadah benar-benar mengejutkan. Diceritakan sendiri oleh Ustaz Assiddiq Fauzan, Pegawai NH Jariah & Pengerusi AADK Panglima Batu, kes seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah terus berulang saban tahun.
Isu ini benar-benar ‘real’ bukan sekadar ‘hype’ atau rekaan. Inilah realiti kehidupan anak-anak miskin bandar yang hidup dalam persekitaran sosial yang tidak terkawal dan terpandu. Mereka ini terlalu banyak masalah sosial yang sebenarnya kita sendiri tak tahu ataupun kita ini tidak mahu ambil peduli?
Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Anak-anak miskin di kawasan bandar sering kali tidak mendapat pendidikan agama yang mencukupi. Hal ini berpunca daripada ibu bapa yang terpaksa bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada di antara mereka yang bekerja dua pekerjaan sehari demi menampung kos sara hidup yang tinggi, menyebabkan masa bersama anak-anak menjadi terhad. Akibatnya, ibu bapa tidak berkesempatan memberikan didikan agama yang sewajarnya, menjadikan proses tarbiah mereka terabai. Situasi ini membuka ruang kepada pelbagai gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan anak-anak tersebut.
Inisiatif KDT: Maktab Tarbiah untuk Semua
Sebagai usaha membendung masalah ini, Komuniti Dakwah Tarbiah (KDT) mengambil inisiatif untuk adakan pusat pengajian asnaf percuma yang mana anak-anak asnaf dan miskin bandar boleh belajar al-Quran. Program Pendidikan anjuran KDT yang dikenali sebagai Maktab Tarbiah, kini telah berkembang dengan pelbagai segmen yang mencakupi:
Alhamdulillah, Maktab Tarbiah kini telah memiliki ratusan pelajar dan di pelbagai cawangan.
Majlis Anugerah Usaha: Menghargai Ketekunan
Baru-baru ini, kami berpeluang meraikan “Majlis Anugerah Usaha” untuk pelajar Tahun 6 Maktab Tarbiah di PPR Batu Muda yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah. Yang menarik perhatian, penerima anugerah terbaik bukanlah pelajar Tahun 6, tetapi Adik Umairah, pelajar Tahun 4.
Mengapa? Jawapan para guru Maktab Tarbiah benar-benar membuka mata:
“Kami tidak mengira anugerah terbaik berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi mengambil kira kesungguhan mereka untuk hadir ke kelas dan bersungguh nak pandai baca al-Quran. Itulah sebabnya kami namakan Majlis Anugerah Usaha.”
Inspirasi dari Adik Umairah
Adik Umairah berkongsi beberapa dorongan yang membuatkan beliau terus komited untuk belajar di Maktab Tarbiah. Ini antara apa yang mendorong beliau:
Masya Allah, begitu besar semangat dan cita-cita yang terpahat dalam hati seorang anak kecil.
Kami di Komuniti Dakwah Tarbiah ingin merakamkan penghargaan kepada semua para guru Maktab Tarbiah, ibu bapa yang mempercayai usaha ini, dan para penyumbang yang terus mendukung inisiatif ini. Tanpa sokongan anda, usaha membina generasi harapan ini tidak mungkin dapat direalisasikan.
Ayuh Bersama Membina Generasi Harapan
Marilah kita bersama-sama dalam perjuangan membina generasi yang berilmu, berakhlak mulia, dan menjadi harapan ummah.
Anwar Syahir
Komuniti Dakwah Tarbiah
Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.