Saya Nak Pahala!

Palestin

“Saya bangun pukul 6 pagi untuk mendapatkan makanan dan air.”

“Kenapa tolong mereka yang sedang beratur?”

“Untuk dapat pahala.”

Subhanallah, kuatnya 😭

walaupun dalam keadaan kesusahan, anak kecil ini masih mencari cari ruang amal kebaikan yang boleh dilakukannya, semata mata untuk meraih pahala daripada Allah s.w.t

“Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya – [HR Muslim:2999]

Hadith ini mengajarkan kita bahawa, pasti ada kebaikan dalam setiap hal yang berlaku dalam kehidupan kita. setiap suka dan duka adalah hadiah khusus daripada Allah s.w.t. untuk menaikkan martabat kita disisi-Nya. Jika kita diberi nikmat, kita tidak bersikap riak atau sombong kerana kita sedar, nikmat itu adalah daripada Allah. Jika kita diberi ujian, kita tidak menyalahkan Allah atau merasakan Allah itu zalim kerana menghukum kita. 

Semuanya dipandan Khair(baik) di mata orang yang beriman. 

Untuk kita yang duduk dalam keadaan aman, pasti lebih banyak ruang amal yang kita boleh lakukan untuk meraih pahala daripada Allah s.w.t.

» Ayuh hulurkan sumbangan bagi mereka yang memerlukan:
https://infaq.com.my/kempen-palestin-2/

#bersamabudayakandakwah
#komunitidakwahtarbiah

Tentang Kami

Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.

Berita Terkini

Sertai Kami

Podcast Remaja

Dapatkan perkembangan terkini Dakwah, Tarbiah & Bantuan Kebajikan hasil sumbangan & kebaikan Tuan/Puan "Ke Arah Menjadi Saluran Dakwah, Tarbiah, Kebajikan & Hiburan Islami No 1. Anak Muda di Malaysia"