Tentang Kami

Komuniti Dakwah Tarbiah adalah sebuah NGO yang bertujuan menggerakkan serta membudayakan dakwah, tarbiah, pendidikan dan kebajikan dalam kalangan masyarakat.

Terdapat pelbagai program, kempen, aktiviti dan majlis ilmu yang dirancang serta dilaksanakan dan digerakkan.

Hasrat dan harapan kami agar usaha dakwah dan tarbiah ini akan terus berakar umbi di peringkat kanak-kanak, remaja, pemuda, dewasa bahkan warga emas juga.

Tanpa mengira pangkat dan harta, miskin atau kaya, sihat mahupun sakit, muda atau tua, kami bertekad untuk santuni dan sebarkan manfaat, dakwah, ilmu dan kebajikan.

Visi Kami

Peneraju Arus Pemuda Perubahan Masa Depan

Misi Kami

Teras Kebudayaan

Membina industri media islami yang kompetitif

Teras Pendidikan

Membentuk ekosistem pembinaan pemuda yang inklusif

Teras Kebajikan

Membangun komuniti berdaya & bernilai tinggi

Objektif Kami

3 Fokus KDT

Infaq Terbaikku

Menghulurkan Bantuan Bagi meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan. "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama  Dijinjing"
Tekan Sini

Membina Generasi Harapan

Sebuah program membina generasi remaja hari ini untuk melahirkan generasi umat yang unggul menjelang 2040.
Tekan Sini

Bumi Mikraj

Bumi Mikraj dikuatkuasakan oleh Komuniti Dakwah Tarbiah merupakan projek bagi menyalurkan bantuan yang berimpak tinggi kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin
Tekan Sini

"Kami bertekad untuk santuni & sebarkan manfaat, dakwah, ilmu dan kebajikan"

KDT ditubuhkan untuk menggerakkan serta membudayakan dakwah, tarbiah, pendidikan dan kebajikan dalam kalangan masyarakat. Kami berhasrat dan berharap, agar usaha dakwah dan tarbiah ini akan terus berakar umbi di peringkat kanak-kanak, remaja, pemuda, dewasa bahkan warga emas juga.