“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
Riwayat Bukhari (No. 6465)
Komuniti Dakwah Tarbiah merupakan NGO yang komited dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan khususnya dalam meningkatkan taraf kualiti hidup mereka yang merangkumi aspek penempatan, kelangsungan hidup, perubatan, penajaan anak yatim dan pendidikan di kalangan anak-anak pelarian Syria.
Kutipan secara bulanan ini akan memberi fokus kepada mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan dari segi tiga aspek penting iaitu pendidikan, kecemasan dan juga kelangsungan hidup mereka.