Anak-anak Bajau Laut dilahirkan sebagai pengembara samudera. Namun realitinya, tanpa dokumen dan akses sekolah formal, mereka terperangkap dalam kitaran buta huruf dan kemiskinan tegar.
Tanpa bimbingan agama, mereka mudah terdedah kepada pengaruh luar yang boleh merosakkan akidah dan masa depan mereka. Adakah kita mahu membiarkan generasi ini terus tersisih?

Status mereka yang tiada kerakyatan (stateless) menyebabkan mereka dinafikan hak untuk ke sekolah formal. Tanpa sekolah alternatif, mereka tiada peluang langsung untuk belajar.

Membesar tanpa tahu membaca, menulis, dan mengira. Lebih menyedihkan, mereka juga buta Al-Quran dan tidak tahu asas fardhu ain kerana ketiadaan guru yang membimbing.

Tanpa ilmu, mereka terperangkap dalam kemiskinan tegar dan buruh kanak-kanak. Mereka juga mudah menjadi sasaran pihak luar yang mahu menggoyahkan akidah demi bantuan hidup.
Memfokuskan kepada asas menulis, membaca dan mengira untuk mereka menjadi orang yang berilmu dalam kehidupan mereka
Memberikan didikan asas agama seperti ilmu fardhu ain, tauhid dan al-Quran bagi membina jati diri pelajar-pelajar sebagai seorang muslim
Aktiviti gotong royong, korban, berbuka puasa dan lain-lain aktiviti masyarakat yang menghidupkan syiar islam sebagai seorang muslim di pulau.
Alhamdulillah, selepas 4 tahun Maktab Tarbiah digerakkan, impian struktur fizikal Maktab Tarbiah akhirnya tercapai. Mula dibina pada Ogos 2024, fasiliti atas air ini telah siap sepenuhnya dan beroperasi rasmi sejak Januari 2025.
Hari ini, premis selamat ini sedang membimbing lebih 300 pelajar anak-anak Bajau Laut dengan alunan Al-Quran dan fardhu ain, bukti nyata sumbangan anda telah bertukar menjadi legasi pahala berterusan.
Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti (orang-orang yang menabur) sebutir biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah: Ayat 261
Komuniti Dakwah Tarbiah mengambil langkah berani membina pusat pendidikan khas. Di sini, anak-anak ini bukan sahaja diajar membaca (3M), malah dibimbing dengan asas Fardhu Ain, celik Al-Quran, dan kemahiran hidup untuk membantu mereka berdikari.
Kini, hasil sumbangan para penaja, Taja Ngaji telah mengembangkan sayap ke beberapa rangkaian Maktab Tarbiah (MT) mengikut kategori khas